Ahad, 7 April 2013

Star Club 2012 Munich Part 2

Alhamdulillah kami selamat sampai di  bumi German dalam jam 2.00 petang. Sangat teruja memandangkan ini adalah kali pertama aku memijakkan kaki ke negara asing. Inikan pulak Europe Country bukan negara yang berjiran dengan Malaysia. Ibu negara German adalah Berlin. Melalui pembacaan aku Munich ni adalah kota ke 3 German. rasa macam tak percaya pun ada. Macam dalam mimpi pulak. Selepas melepasi kastam dan juga ambil gambar, kami berkumpul kejap kat luar ketibaan airport semantara menunggu bas yang sedang diuruskan oleh travel agent.

Akhirnya kami dapat memijak bumi German

Keterujaan 3 orang yang dah sampai Germany!!

Bersama geng Kuantan
Menaiki bas menuju ke BMW World


Semua hepi nak p BMW World

Sepanjang perjalanan menuju BMW World. Stadium Alliance Arena

Nak sampai dah..

Isi form survey untuk dapatkan free gift

Adik je posing..

papa cakap nak beli kereta nanti kan adik?

BMW lagi

adik dalam baju sejuknya..

posing lagi

Adik yang kesejukan. Sabar ye sayang nanti kita balik hotel leh rehat.

Aku cerita sikit la aktiviti selepas kami sampai di Germany. Kami menaiki bas dalam lebih kurang 30minit la kot untuk ke BWM World. Sepanjang perjalanan memang pokok semua tak de daun la sebab musim winter masih belum habis. Sepanjang perjalanan ni lum nampak salji turun lagi. Tapi suhu sangat sejuk. Kitakan tak biasa dengan suhu yang mungkin mencecah 0 degree celcius. Sumayyah memang dipastikan dibalut habis la. Risau takut dia tak tahan. Kami yang dewasa ini pun rasa sangat sejuk.  Selepas melawat BWM kami dibawa ke hotel untuk rehat sebentar dan akan turun semula untuk makan malam.
Bilik kami di Munich
 Kami diuruskan penginapan oleh Travel Agency untuk menginap di Hotel Hilton Munich. Memang seronok tinggal kat hotel ni sebab berdekatan dengan Shopping Mall dan banyak kemudahan lain. Kalu rate kot internet tu 3++ euro. So,korang convert la sendiri ke RM ye dengan darab 4.1. Mata wang euro memang mahal.
Sumayyah hepi dapat rehat selepas perjalanan yang panjang.
 Perjalanan dari Malaysia ke Dubai dalam 6 jam lebih manakala dari Dubai ke Munich juga mengambil masa dalam 6 jam lebih. Memang jauh Germany ni. Aku tak tahu la camne klu p ke negara yang lebih jauh. Penat tapi sangat menyeronokkan.

manja-manja dengan papa

Main-main dengan papa lagi
 Bilik kami mengadap jalan besar dan sangat best dapat lihat pemandangan luar bila turunnya salji dan tengok orang naik basikal dalam bandar.
1st Dinner kami di Munich
 Mencari makanan yang halal agak sukar di Kota Munich. Kalu korang jalan sendiri yang senang cari je Doner iaitu kebab yang biasanya dijual oleh warga Turki. Ini adalah makan malam kami yang diuruskan oleh travel agency. Tak ingat dah nama kedai makan ni tapi tokei dia adalah India Muslim yang bernama Islam. Makanan ok la tapi nasi macam nasi beriani la. Memang tak jumpa nasi putih dan lauk pauk macam di Malaysia.
Sebelum makan posing dulu

papa pun nak posing jugak

Inilah menu dinner kami.

Menu dinner

Travel agent kami. Chinese Girl yang sangat membantu
Selesainya makan malam maka selesailah program kami pada hari ke pertama di bumi Germany. Tak sabar rasanya nak balik bilik dan berehat. Hari pertama dibumi Germany sangat seronok..see u in Part 3!!

1 ulasan:

  1. Sumayyah pun pandai, muka excited je dapat gi German...hehehe

    BalasPadam