Isnin, 8 April 2013

Star Club 2012 Munich Part 1

Alhamdulillah suami telah berjaya mendapatkan 1 tiket percuma untuk percutian ke Munich Germany yang ditanggung sepenuhnya oleh Company. Tinggal aku dan Sumayyah sahaja yang perlu dibayar. Pada awalnya kami tidak ambil pusing untuk ikut husband ke sana memandangkan maklumat yang diterima suhu di sana masih sejuk dan dalam musim winter. Walaupun hati ini memang ingin ke sana, tetapi memikirkan anak yang baru berusia 14 bulan aku pendamkan sahaja. Jam 4.30 petang last untuk daftar, aku rasa amat teruja untuk ikut husband Germany. Lantas aku menelefon husband dan memaklumkan yang aku ingin ke sana juga bersama baby kami. Nasib baik passport aku dan Sumayyah dah siap kami buat sekali dengan suami. Maka bermulalah episod persediaan kami untuk membuat persiapan untuk ke sana.
Untuk mendapatkan pakaian sejuk bayi amat sukar di Kuantan. Aku mencari maklumat di internet pengalaman mereka yang pernah ke negara sejuk dan akhirnya semua keperluan Sumayyah dapat kami sediakan dengan shopping di Goin' Places SACC Mall (Shah Alam). Lega rasanya setelah dapat menyelesaikan semua keperluan si kecil ku kerana dia masih bayi dan keperluannya perlu diberi keutamaan berbanding kami. Agak banyak yang perlu kami pikirkan tentang keperluan beliau, ubat-ubatan, makanan,pakaian dan sebagainya. Kami tiada pengalaman travel jauh bersama dengan bayi, jadi seboleh mungkin kami cuba melengkapkan segala keperluannya. Diikuti dengan membeli stroller untul travel yang saiznya lebih kecil dan mudah dilipat dan dibawa.
Pada 17 Mac 2013 iaitu hari Ahad, kami telah menaiki bas bersama rombongan dari Kuantan ke KLIA. Flight untuk kami transit dulu di Dubai adalah jam 2.00 pagi. Kami sampai di KLIA pada jam 10 malam. Terus cek in bersama rombongan yang lain.

Mendengar taklimat dari Travel Agent
 Sumayyah yang tak sabar nak fly. Dia sorang je baby. Good girl mama ni.

Dinner dulu
Selesai urusan cek in kami menikmati makan malam kerana agak terlewat untuk berhenti di mana-mana RnR memandangkan masa tidak mengizinkan. So, Makan nasi lemak sahaja di Kafe KLIA.

Bersama kawan-kawan geng Kuantan

Papa, mama dan adik (Akhirnya dapat jugak kita ikut papa kan adik?)

Geng Kuantan, KB pun ada sekali
Selesai je makan malam, kami terus masuk ke dewan menunggu untuk meneruskan perjalanan ke Dubai. Kejap je masa berlalu dan tak sempat nak lepak lama-lama sebab banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum masuk ke ruangan menunggu. Kira masa kol 10 nak ke flight jam 2.00 pagi tu masa yang ideal la. Tambah-tambah lagi kami ke sana dalam group yang ramai.

Dalam train menuju ke terminal untuk ke Dubai

Walaupun dah awal pagi tapi Sumayyah masih lum tido. Mungkin dia pun teruja kot nak pijak bumi Munich (German)

Kak Ita (our leader), Kak Kiah dan Seha. Orang kuat Kuantan

Menunggu gate untuk menaiki Emirates Flight ke Dubai

Menu yang disediakan dalam flight. Naik Emirates x perlu risau takut lapar sebab korang akan sentiasa diberi makan. Kalu terdesak leh mintak megi.

Muka penat..huhu

We Arrived!!!Dapat jugak pijak bumi Dubai. Memang teringin gak nak p Dubai tahun lepas untuk ziarah Kakak tercinta di sana. Namun masa tidak mengizinkan. Memijak Airport Dubai pun dah Syukur dan melihat pemandangan Dubai masa fligt landing. Suhu disini agak panas.

Lepak di luar surau sementara menunggu flight untuk ke Munich. 
 Ni adalah kawasan dalam air port Dubai kawasan luar surau. Sempat kami berehat sekejap sementara menunggu fliht ke Munich. Sempat tukarkan pampers anak dan mandikan dia. Mama dan papa sempat buat benda basic sahaja la. Banyak masa digunakan untuk uruskan adik. Tak pe la yang penting adik ada ngan mama dan papa sokmo. Kalu tinggalkan dengan tokma risau pulak sebab adik tak biasa dan lama lak tu. Bawa baby stamina kena lebih sikit.
Menunggu gate dibuka untuk berlepas ke Munich di Dubai Airport
 Yang bestnya bawak baby ni korang tak perlu beratur. Leh masuk line Business Class. Macam VIP gitu. Itulah hikmahnya adik ada sekali kan?hehe..Maklumlah budak kecik ni bukan boleh lama-lama beratur dan sebagainya. Cepat boring.

Dengan papa pulak. Senyum simpul.

Kami bertiga. Muka yang tak sabar nak pijak kaki ke bumi Germany!!!
Rasa macam tak percaya pun ada dapat jugak sampai Dubai. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami. Diberikan kesihatan yang baik sepanjang di sana dan dapat mengikuti segala program yang dijadualkan oleh Travel Agent. See u in Munich Part 2!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan