Selasa, 9 April 2013

Star Club 2012 Munich Part 6

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Germany. Flight kami ke Dubai adalah pada jam 2.00 petang tapi kami perlu menuju ke airport jam 10.00 pagi. Ini merupakan masa yang terbaik sebab kami perlu self cek in dan juga untuk urusan tax refund kepada barang-barang yang kami beli. Syarat untuk membolehkan kita refund tax ni adalah pembelian melibatkan 25 euro ke atas. Ada gak setengah kedai tak leh refund tax ni dan ada jugak yang syarat untuk refund tax lebih dar 25 euro. My hubby dah selamat kemaskan barang-barang tadi. Cian dia tido lewat sorang-sorang. Sori ye sayang tak dapat bantu sebab macam biasa la bila Sumayyah dah gayut dengan mama, memang dengan mama sekali la terlena. Sedih la plak dah nak balik arini. Sebab banyak pengalaman baru yang kami dapat kat sini terutamanya melancong ke Europe Country kerana ini 1st experience kami.

Geng Kuantan yang ceria nak tinggalkan Germany

Kami lagi

Posing jangan tak posing

Peluk adik


Bersama untie Seha
Inilah pemadangan Airport Munich. Tak sebesar Dubai/KLIA
Ucapan terakhir sebelum tinggalkan Munchen
Bye2 Munich

Selepas urusan tax refund nak masuk ke balai pelepasan

adik dah nak balik Malaysia

Kami balik dulu.. bye2 Munich

Kat Airport Dubai.

Kat Dubai Airport

Dapatkan kupon makan sebab transit lama kat sini

supper kat Dubai Airport

adik boring kot main2 hidung

Tiket nak balik Malaysia

Tiru adik jugak la

Papa dengan Untie Marzita (Our Leader). Orang hebat Kuantan

adik nape nangis ni.

Tidur dalam bassinet
Kami selamat sampai ke Malaysia
Alhamdulillah dah sampai kita

Pada 22 Mac 2013 kami telah selamat sampai ke Malaysia. Kami telah bertolak ke Germany pada 18 Mac 2013. Syukur dapat ke sana dan melalui pengalaman yang sungguh indah melancong ke negara orang bersama suami dan anak. Terima kasih papa kerana membawa kami ke sana. So, make sure 2 ticket ke Barcelona next year ye. Hehe.InshaAllah jumpa lagi di dalam catatan Bali pulak kerana suami dapat 2 tiket percuma ke sana mungkin bln 6 kot. Thanks to Prudential kerana menyediakan contest macam ni yang membolehkan kami berjalan-jalan secara percuma tapi yang ni mama dan adik kena bayar yea. Papa je yang free.. So, kepada yang berminat nak jalan-jalan secara percuma please contact myhubby. He can help u to success together in this business!!! SEE U IN BARCA!!

Syukur dapat jugak aku siapkan blog catatan perjalanan kami sepanjang ke Munich. Niat blog ini diwujudkan adalah sebagai kenangan untuk kami dan jika boleh memberikan manfaat kepada yang membaca Alhamdulilah. Tiada niat lain sekadar untuk berkongsi pengalaman yang kami dapat.

Star Club 2012 Munich Part 5

Hari ini merupakan hari ke 4 kami di Bumi Germany. Mengikut perancangan kami akan dibawa untuk shopping di bandar Munchen. Bestnya leh jalan-jalan tengok bandar orang. Seperti biasa kami berkumpul di lobi hotel dan menunggu untuk dibawa ke bandar Munchen. Drive bas yang merupakan warga Austria bernama LOBUS sangat memahami dan ikut je ahli rombongan ni. Tapi kalu melencong ke tempat yang tak termasuk dalam planning kena isi minyak dan bayar paking sendiri la.

Semalam Lingzi cakap arini dijangkakan salji turun. Alhamdulillah tepat seperti yang dijangka salji memang turun di kawan hotel. Dapat la merasa main salji jap lgi.

Posing jap sebelum breakfast berlatar belakangkan salji turun tapi tak jelas kot.

Menu breakfast. My hubby amik telur yang ada daging. Nasib baik teringat Germany banyak daging tut. So, kami tak makan la benda alah tu. Kalu datang sini kena beringat. Sosej memang nombor 1 la kat sini tapi kebanyakannya adalah yang berdaging tut..

Sampai dah di National Theater klu tak silap tempat ni Tak jadi turun dulu. Depa ni semua nak ke Allianz Arena dulu.

Bangunan2 di Munchen

di Bandar Munchen

Hala ke Allianz Arena

Posing dengan adik pulak

Di depan Allianz Arena


Bersama travel agent yang komited pada kerja beliau

Semangat!!

mama steady je..

mama ngan adik

Pilih jangan dok pilih

adik dapat bola sebijik 10 euro

bayar la pulak..

ada player kecik kat luar tu

hepinya dia

posing la getek

posing lagik
Selepas kami posing kat sini. Kami pergi semula ke bandar Munich. Paking untuk bas kat sini 100 euro. Mahal betul. So, pungut la sikit sorang. Ada jugak yang derma lebih terutamanya Agency Manager la yang dah sah-sahkan banyak duit kan?hehe. So, kita sambung cerita kat bandar Munchen pulak yea.

Bungkus habis adik. Suhu sangat sejuk.Memang kena pakai gove.

Kita orang join Brother Solihin ni sebab dia pun ada anak. Yang singke mingle mesti kita orang kena tinggalnya. Maklumlah bawak anak banyak kerenahnya.

Posing dulu sementara mencari hala tuju

Aku baca kat internet Mariaplantz la best tuk cari barang. So, kita orang rujuk map untuk cari tempat tu. Katanya kasut brand birkenstock yang famous di Germany murah kat sini.

Tengok map cari MariaPlantz

Akhirnya sampai gak kat Mariaplantz. Tapi kat mana lak nak cari kasut brand tu.

Naik tangga ni ingatkan pasaraya rupanya kedai buku

Bersama family brother Solihin

Papa, mama dan adik

Adik yang tido.

adik tido lagi

jalan-jalan

Mencari jalan untuk balik ke tempat bas

bestnya dia tido

Jumpa en.Salman. Tunjukkan kat dia Mariaplantz. Cari pasaraya dia cakap

adik dah penat

papa pun penat dukung adik

kat depan kedai ape dah ni..

posing la dik. Tak shopping tak pe janji leh posing

posing lagi dengan papa

Baru kami tahu kenapa mat saleh suka berjemur. Masa jalan2 ni ada cahaya matahari. Nikmatnya rase dapat menghilangkan kesejukan.

Bas dah nk balik sempat lg amik gambo jap

adik dengan papa je la ada foto kat sini..mama tak dok..nasib jadik kamerawoman..


Selepas berjalan-jalan di bandar Munich kami balik ke hotel untuk solat Selepas solat kami bersiar-siar di bangunan kawasan hotel. Turun melalui laluan pejalan kaki bawah tanah.
Ni kawasan pasaraya dia

buah-buahan sangat segar dan nampak sangat sedap

Kami belikan kurma untuk sumayyah. Sangat la jakun tak tahu nak timbang mana. Tanya seorang untie warga Germany dia cakap bawa je ke kaunter nnti dia timbang situ. My hubby cakap tak nampak pun penimbang kat kaunter betul ke? Pastu kita orang bagi cashier kurma tu, dia letak kat meja cashier terus keluar berat kurma. Aku tak pernah jumpa lagi sistem tu kat Malaysia.

Selepas kelaparan sebab seharian lum makan, akhirnya rezeki kami malam ni adalah kebab

Kebab je la yang boleh makan sb sangat sukar cari makanan halal kat sini

Selepas makan dan beli barang sikit, balik semula ke hotel


Inilah pandangan hotel Hilton Munich City
Kat lobi hotel.
Kami berakhirlah aktiviti kami untuk hari ini. Bestnya balik balik dan boleh rehat. tapi kena packing pulak la sebab esok kami dah nak balik ke Malaysia. Walaupun seronok berjalan di negara orang Malaysia Tetap terbaik. Nak makan payah! Aku tak tahu la macam mana student Malaysia terutamanya yang dok lama kat negara orang. Bagi aku, untuk melancong ok la tapi untuk duduk lama di negara orang memang perlukan kekuatan. hehe.