Khamis, 21 November 2013

Short Trip Prudential Bali Part 1

Pada 21 hari bulan September 2013 hingga 23 September 2013 kami bertiga telah melancong ke Bali Indonesia dengan pakej yang ditaja sepenuhnya oleh PRUDENTIAL. Ia merupakan satu penghargaan yang diberikan oleh syarikat di atas hasil kerja keras suami (papa Sumayyah) yang mencapai target jualan untuk tempoh masa yang dietapkan. Hanya Sumayyah sahaja yang dibayar itu pun dalam anggaran RM400 lebih macam tu la. Ini lah masa dan kesempatan untuk berjalan-jalan. Di sini saya uploadkan la gambar kami sepanjang di airport dan bersama kawan-kawan.
Bersama kakak tersayang yang hantar kami ke airport. Terima kasih kak.

Di KLIA check in barang

Bergambar dulu

Diruangan menunggu untuk pelepasan

Inilah tiket kami bertiga!

Bersama Kak Ita..our leader..

Kak Alia yang suka kat Sumayyah. Dia cakap sama macam muka adik dia.
 Flight kami akan transit dulu di Jakarta. Flight jam 10.40. Tapi kol 7.00 pagi Travel ejen dah suruh ada kat sini. Orang lain selamber je lewat. Kami memang sampai awal tapi tidak la sangat membantu pun sebab siap check in lebih kurang je dengan orang yang sampai lewat. Dari segi pengurusan travel ejen ni tidak la se efisien travel ejen semasa kami ke Munich dulu. Kalu tak silap penerbangan ini mengambil masa dalam 2jam la ke Jakarta. Ada juga yang membebel sebab sepatutnya boleh dapat flight direct ke Bali (airport Denpasar). Dengan waktu percutian yang hanya 2 malam transit pulak tak patut sebab membuang masa sahaja. Tambah pula airport jakarta yang tak berapa selesa jauh sekali keselesaannya dengan KLIA. Nak solat pun campur lelaki dengan perempuan. Dah la suraunya sempit boleh memuatkan dalam 6 orang sahaj lelaki termasuk wanita. Tiada tirai pemisah. Kalu wanita solat kat depan, nasib la lelaki solat di belakang. Moga perkara ini diambil berat oleh pihak berkuasa Indonesia kerana ini melibatkan aurat wanita dan kelesaan penganut untuk beribadat. Saya lupa nak ambil foto kawasan surau tersebut.
Anak kesayangan papa yang dahaga. Minum susu dulu.

Sumayyah kepenatan sementara menunggu fligt Sriwijaya Air yang deley.
Untuk Intro takat ini dahulu. Kita ke cerita sesampainya di Bali yea. Next episod.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan